Follow Dashboard
Tokens?

TITLE; Sayang sayang saya :)
Wednesday, 19 December 2012 | 00:36 | 0 comments


Assalamualaikum :)

Ni aku nak citer pasal kwn2 aku . Yang aku kenal tapi melalui laman sesawang mukabuku sahaja :)
Sebenarnya story ni dh lama . aku bt NOTES dkt dlm MUKABUKU . 
Tp sbb aku rse nk bcerita lg psl dorg . Aku just KOPI PASTE balik .

    Sungguh aku tidak menyangka hubungan kita berubah menjadi seakrab ini sedangkan detik perkenalan kita hanyalah melalui laman sosial facebook sahaja . Kita berbual seperti kita sudah mengenali antara satu sama lain . Bergurau , bercerita bertukar-tukar pandangan dan pendapat , bertukar-tukar numbor telefon dan dari situ hubungan kita menjadi seakrab sebuah keluarga . sedangkan sebenarnya kita tidak pernah berjumpa mahupun bertentangan mata . Perjumpaan kita hanyalah di laman sosial ini sehinggakan kita ketagih untuk melayari internet setiap hari , semata-mata untuk melawat group batch 1993 setiap masa , detik dan waktu . Sehari tanpa berbual dengan topik yang menarik dunia kita seakan kosong , gelap dan kebosanan menyelubungi . Dan kini , hanyalah nyanyian sunyi menemani group batch 1993 kita . maka pada saat inilah kami mula menyedari yang kami memerlukan kehangatan dan keceriaan seperti dulu . walaupun hanya sekadar di alam maya , keharmonian itu mampu membuatkan kehidupan kita ceria dan tersenyum sendiri dihadapan komputer riba atau PC masing-masing dengan senyuman yang menawan seindah sinaran cahaya sang suria .

     Tetapi mengapa secara  tiba-tiba kita semua menghilang tanpa sebarang khabar berita ? masing-masing mempersoalankan persoalan yang mereka sendiri tidak mampu mencari puncanya . pelbagai spekulasi sendiri mula terlintas dikotak fikiran kami . Dan mungkin sesetenggah dari kami ternanti-nanti post , comment di page group yang mula pudar warna-warninya . meninggalkan batch tanpa pesanan . kemana menghilang , sedangkan dulu kita tidak pernah jemu untuk mendengar , membuat lawak jenaka dan berkongi masalah . Setelah kian lama kita menunggu akhirnya terbalas dan terubat juga sedikit kerinduan kita dengan keharmonian dulu dengan adanya group K.A.M.I . Munculnya K.A.M.I membuatkan kami teraktif sebentar . ibarat kanak-kanak yang baru pandai berjalan kelincahan kami . Dan ada yang diam membisu seolah-olah tiada apa yang berlaku . Aku hanya mampu diam seribu bahasa dan tidak mampu melakukan apa-apa apabila diri kami masing-masing membawa haluan perjalanan hidup yang berbeza , diri kami seolah-olah kaku ditimbus pasir dengan kesibukan diri masing-masing .

       Kini batch 1993 kembali kosong dan kami masih berharap akan ada warna-warni pelangi yang akan mewarnai wall batch 1993 . Kami masih bersatu walau bukan di wall batch . kami tetap bersama walau masing-masing jarang bertegur sapa kerana kami masih memiliki kenangan terindah yang akan kekal abadi didalam hati . memory itu akan sentiasa menemani kita . dan akan sentiasa utuh dihati masing-masing selagi bukan kita sendiri yang membuangnya . semoga angan-angan kita untuk menjayakan perjumpaan termeterai suatu hari nanti . di saat itu , aku berharap perjumpaan kami akan diiringi dengan hujan gula-gula . hujan yang membawa kemanisan kita bersama .

rindu sesangat dkt korg :) ana sayang korg . rindu dan cinta korg . eheh :) 
hope sgt2 lps ni kte akan jd seakrab dlu ye :)


Old things | New things